Bukan Berita Online Biasa

Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

in Jenayah/Terkini

WISMA Putra menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Resorts World Manila, Filipina awal pagi tadi.

Kedutaan Malaysia di Manila juga sedang memantau rapi perkembangan insiden berkenaan dengan pihak berkuasa tempatan.

Pihak kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Manila agar sentiasa berhati-hati selain mematuhi segala peraturan keselamatan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pihak kedutaan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Manila di talian 00 (632) 662 8200 / 00 (63) 917 864 0761 (selepas waktu bekerja) atau e-mel di [email protected]

Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang lelaki bertopeng bersenjatakan senapang menceroboh kawasan kasino resort tersebut dan melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen sebelum membawa lari beg mengandungi cip judi.

Suspek kemudiannya ditemui dalam sebuah bilik di hotel tersebut dalam keadaan rentung dipercayai membunuh diri.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 36 maut manakala lebih 50 cedera akibat serangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top