Bukan Berita Online Biasa

Zahid Pengerusikan Mesyuarat Sekolah Daif Sarawak

in Terkini

SIBU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Sekolah-sekolah daif di Sarawak di sebuah hotel di sini malam ini.

Mesyuarat turut disertai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, dan lain-lain menteri kabinet Sarawak.

Pesawat yang membawa Ahmad Zahid untuk lawatan kerja dua harinya ke Sarawak, tiba di lapangan terbang Antarabangsa Sibu pada kira-kira 6.20 petang tadi.

Esok, beliau yang mempunyai jadual padat, dijangka dibawa meninjau empat sekolah di sekitar kawasan ini.

Beliau dijangka mengadakan persidangan media di lapangan terbang antarabangsa Sibu, sejurus sebelum berlepas. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top