Bukan Berita Online Biasa

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood

in Artis/Utama & Sensasi

WANITA berdarah Yahudi bukan sahaja terkenal berwajah eksotik, malah mempunyai ketrampilan menarik sehingga ramai daripada mereka bergelar model fesyen, pengacara televisyen dan pelakon terkenal Hollywood.

Tidak hanya bersandarkan rupa paras cantik, wanita Yahudi juga bijak, gemar berjenaka dan berbakat besar. Berikut merupakan 10 aktres berketurunan Yahudi yang cantik dan berjaya di Hollywood:

1. Scarlett Johansson

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Scarlett Johansson sering digelar salah seorang wanita tercantik di Hollywood. Dengan bentuk tubuh yang menggiurkan, suara serak-serak basah yang seksi dan juga bakat lakonan yang hebat, tidak hairanlah mengapa ‘kesempurnaan’ fizikal Scarlett menjadi pujaan ramai para peminatnya.

2. Kat Dennings

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Bintang Kat Dennings semakin menyinar di Hollywood oleh kerana tubuh yang montok dan kebolehannya untuk kelihatan seksi namun masih comel dan manja dalam masa yang sama. Kat mula meraih perhatian sebagai watak Max Black dalam sitkom Two Broke Girls, adik perempuan yang berpersonaliti gila-gila dalam filem Thor dan menerusi filem indie Nick And Nora’s Infinite Playlist.

3. Goldie Hawn

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Goldie sememangnya cantik semasa zaman mudanya. Bermata galak, senyuman yang manis; tiada lelaki yang tidak lemah apabila melihat pelakon ini suatu masa dahulu. Bukan sahaja cantik, malah Goldie juga kelakar dan pandai bergurau. Biarpun sudah berusia 70 tahun, Goldie masih ‘bergetah’ dan menawan.

4. Mila Kunis

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Kecil-kecil cili padi, itulah Mila Kunis. Keras kepala dan tahu apa yang dia inginkan, Mila berjaya meyakinkan penerbit sitkom That 70s Show untuk mengambilnya berlakon ketika hanya berusia 14 tahun apabila had umur yang diwajibkan untuk watak berkenaan adalah 18 tahun. Mungkin kerana daya tarikannya yang kuat serta bakat yang luar biasa menjadikan Mila mampu membawa watak gadis dewasa dengan jaya sehinggakan wataknya masih diingati sehingga hari ini.

5. Lizzy Caplan

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Lizzy Caplan mula dikenali menerusi wataknya sebagai gadis gothic dalam filem remaja, Mean Girls. Lizzy kini tampak lebih matang dan mengambil watak-watak yang lebih serius melalui filem Cloverfield dan 127 Hours.

6. Sarah Michelle Gellar

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Sarah Michelle Gellar merupakan aktres pujaan kebanyakan remaja lelaki yang membesar sekitar era lewat ’90-an oleh kerana wajahnya yang kelihatan lebih muda daripada usia. Meskipun berwajah comel, namun Sarah Michelle mampu membawa karakter lasak seperti watak pembunuh pontianak dalam siri Buffy The Vampire Slayer. Dalam filem Cruel Intentions pula, Sarah Michelle menunjukkan sisi yang lebih matang dan seksi sebagai Kathryn Merteuil yang merancang agenda ‘menghilangkan dara’ rakan baiknya sendiri.

7. Natalie Portman

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Natalie mula berada dalam radar peminat filem menerusi filem Leon: The Professional arahan Luc Besson. Sejak kecil lagi, bakat lakonan Natalie telah diperakui oleh pengkritik dan penerbit-penerbit filem. Setakat ini Natalie telah mengagumkan peminat dengan watak-wataknya dalam filem hebat seperti V For Vendetta, The Black Swan, Star Wars: Episode I – The Phantom Menace dan Closer. Natalie bukan sahaja cantik dan berbakat besar, malah seorang wanita yang bijak kerana mempunyai ijazah jurusan psikologi universiti berprestij Harvard!

8. Dianna Agron

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Dianna mendapat tempat di hati peminat menerusi sitkom Veronica Mars. Namun, wataknya sebagai Quinn Fabray dalam sitkom Glee yang berjaya melonjakkan namanya di Hollywood. Dianna juga sering menghiasi muka depan majalah wanita oleh kerana rupanya yang cantik dan personaliti yang menarik. Kini, pelakon berusia 27 tahun ini sedang mengasah bakat dalam penulisan lakon layar pula.

9. Lisa Bonet

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Aktres kulit hitam ini mula dikenali semasa berlakon sebagai watak Denise Huxtable-Kendall dalam sitkom The Cosby Show pada tahun ’80-an. Meskipun telah berdekad-dekad lamanya sejak Lisa menerjah ke dunia penuh kemahsyuran Hollywood, wanita berusia 48 tahun ini masih kekal cantik dan tidak dimamah usia.

10. Jennifer Connelly

10 Aktres Yahudi Tercantik Di Hollywood
Jennifer memulakan kerjaya pada awalnya sebagai peragawati. Berbekalkan wajah yang cantik, dia kemudiannya terjun ke dunia lakonan dan terus berlakon sehingga ke hari ini. Antara filem yang meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton termasuklah Requiem For A Dream dan A Beautiful Mind; iaitu filem yang berjaya menganugerahkan Jennifer trofi Oscar, BAFTA dan Golden Globe menerusi lakonan cemerlangnya. – MYNEWSHUB.CC/SK

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top