Bukan Berita Online Biasa

11 Anak Anjing Dalam Tangki Minyak Kereta Malaysia

11 Anak Anjing Dalam Tangki Minyak Kereta Malaysia

in Jenayah/Utama & Sensasi

SINGAPURA – Sebanyak 11 ekor anak anjing ditemui disembunyikan dalam tangki minyak sebuah kereta berdaftar dari Malaysia yang sudah diubah suai, di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan semalam menyatakan anak-anak anjing malang itu ditemui setelah kereta dengan nombor plat negara jiran itu diperiksa sekitar jam 9 malam kelmarin.

Pemandunya, seorang lelaki warga Malaysia berusia 43 tahun, serta anak-anak anjing tersebut, sudahpun dirujuk kepada Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA), menurut ICA manakala siasatan sedang dijalankan.

11 Anak Anjing Dalam Tangki Minyak Kereta Malaysia

Pihak ICA turut memaklumkan orang ramai agar harus sedar bahawa haiwan-haiwan yang diseludup secara haram ke Singapura boleh membawa masuk pelbagai jenis penyakit asing seperti anjing gila atau rabies.

Pengimportan mana-mana haiwan atau burung hidup tanpa permit AVA adalah haram dari segi undang-undang dan membawa denda maksimum S$10,000 (RM31,600) dan/atau hukuman penjara sehingga setahun.

Bagi maklumat lanjut cara membawa masuk haiwan ke Singapura, orang ramai boleh merujuk kepada laman AVA atau memuat naik aplikasi SG TravelKaki dari iTunes atau Google Play. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top