Bukan Berita Online Biasa

19.2 Juta Ternakan Di Korea Selatan, Jepun Dimusnahkan

19.2 Juta Ternakan Di Korea Selatan, Jepun Dimusnahkan

in Utama & Sensasi

SEOUL – Korea Selatan dan Jepun mengarahkan lebih banyak ternakan dibunuh bagi membendung wabak selesema burung.

Kementerian Pertanian Korea Selatan berkata, pihaknya mengarahkan pemusnahan tambahan 2.4 juta unggas, menjadikan jumlah yang dibunuh kini 18.4 juta sejak wabak pertama selesema burung dilaporkan di sebuah ladang 18 November lalu.

Wabak jenis patogenik tinggi H5N6 selesema burung itu lebih teruk berbanding H5N8 yang merebak di seluruh negara pada 2014 dan 2015.

Kementerian berkata, jenis H5N8 juga ditemui bulan ini dalam najis burung hijrah, namun tidak dilihat di ladang ternakan.

Di Jepun, pihak berkuasa di pulau utara Hokkaido berkata, kira-kira 200,000 ayam dibunuh, hujung minggu lalu selepas kes selesema burung dikesan di sebuah ladang ternakan di bandar Shimizu.

Ia adalah wabak kelima dilaporkan di negara itu sejak akhir November lalu. Hampir 800,000 ayam dibunuh sejak itu.

Sebahagian Eropah dan Israel turut diserang virus H5N8.

Kira-kira 30,000 ayam Belanda dan itik dibunuh di Jerman hujung minggu lalu sementara Perancis meluaskan sekatan berisiko tinggi ke keseluruhan negara selepas pengesanan beberapa kes H5N8 di ladang.

Kes selesema burung H5N8 juga dilaporkan di sebuah ladang di Britain, Jumaat lalu. – REUTERS/BH ONLINE

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top