Bukan Berita Online Biasa

1MDB: PKR Dedah Identiti Media Asing

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa lima media asing yang terlibat dalam mewar-warkan tuduhan keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sangat berpengaruh dan dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tiga daripada media asing terbabit berpangkalan di Amerika Syarikat dan hanya satu berpangkalan di United Kingdom dan satu lagi di Singapura.

Media asing terbabit adalah The Wall Street Journal, Reuters dan The New York Times (Amerika Syarikat), The Guardian (United Kingdom) dan The Straits Times (Singapura).

“Laman-laman web itu berpengaruh, bersifat antarabangsa, berkredibiliti dan diikuti ramai. Orang ramai yang membaca tulisan mereka berkemungkinan tinggi akan mempercayai bahawa tulisan-tulisan tersebut adalah berasaskan fakta dan adalah benar.

“Penafian hanya akan mengukuhkan persepsi bahawa ada kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau menasihati pihak yang terpalit dengan laporan media asing terbabit berkenaan 1MDB supaya tidak terus membuat penafian kerana rakyat Malaysia pasti mempercayai laporan media terbabit.

Sejak beberapa tahun lalu ramai pihak di Malaysia termasuk barisan pimpinan parti Islam PAS mula melahirkan kebimbangan dengan minat tinggi yang ditunjukkan oleh media barat keatas negara ini.

Tindakan itu dikhuatiri bertujuan menghancurkan negara sebagaimana dialami beberapa negara Arab apabila media terbabit berperanan dalam menghasut rakyatnya supaya menggulingkan kerajaan dengan kerjasama pemimpin pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top