Bukan Berita Online Biasa

2 Gay Disebat 85 Kali Di Aceh Kerana Seks Ala Kaum Sodom

2 Gay Disebat 85 Kali Di Aceh Sebab Seks Ala Kaum Sodom

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Sebuah mahkamah syariah tempatan di Banda Aceh menjatuhi hukuman sebat 85 kali ke atas dua lelaki gay kerana mengadakan seks sama jantina, menurut laporan media Indonesia.

Ini diputuskan secara muktamad walaupun terdapat rayuan belas ihsan daripada pelbagai kumpulan hak asasi manusia antarabangsa dan organisasi yang diketahui cenderung memperjuangkan kelompok terkutuk LGBT.

Hukuman yang akan dilakukan di khalayak ramai itu diputuskan oleh panel hakim syariah dan merupakan kali pertama undang-undang terhadap golongan homoseksual sejak diperkenalkan di wilayah autonomi itu pada 2014.

Bahkan bilangan hukuman tersebut lebih berat sedikit berbanding hanya disebat sebanyak 80 kali yang diminta oleh pihak pendakwa raya tempatan ketika perbicaraan berlangsung, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

Kedua-dua lelaki Muslim itu memilih untuk mewakili diri mereka sendiri di sebuah mahkamah syariah malah pasangan tersebut berkata, mereka tidak akan membuat sebarang rayuan terhadap keputusan hakim berkenaan.

Gay berkenaan ketika ditahan berkhalwat dalam keadaan berbogel di sebuah rumah sewa di Rukoh dua bulan lalu mengaku sudah menjalinkan cinta selama tiga bulan dan telah beberapa kali melakukan hubungan seks luar tabii.

Penduduk kampung tersebut mendakwa, mereka berdua kerap dilihat bermesra-mesraan seperti pasangan suami isteri baharu berkahwin dan ketika serbuan jam 11 malam, penguatkuasa agama turut menemui beberapa kondom.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menganggap hubungan sama jantina sebagai satu jenayah dan menggunakan undang-undang syariah sebagai kanun jenayah tambahan kepada perundangan sedia ada.

Menurut ajaran Islam, persetubuhan dengan jantina sama amat dikutuk Allah SWT sehingga pernah menyaksikan kaum Sodom yang ingkar dakwah Nabi Luth diazab apabila dibalikkan petempatan itu dan menjadi Laut Mati.

Human Rights Watch menggesa Indonesia supaya membebaskan dua lelaki itu yang ditahan pada akhir Mac selepas kes dilaporkan kepada polis agama atas dakwaan mengadakan seks sama jantina. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top