Bukan Berita Online Biasa

20 Food Truck Tawar Menu Percuma Di PAU 2017

20 Food Truck Tawar Menu ‘Percuma’ Di PAU 2017

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PRIHATIN… Buat julung kali, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 menyediakan Food Truck Rakyat menawarkan pelbagai menu makanan secara percuma kepada perwakilan dan pengunjung.

Tinjauan media tempatan mendapati lebih 20 buah trak memenuhi Plaza Merdeka, di Aras 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara yang bermula 12 tengah hari sehingga enam petang sepanjang PAU 2017 berlangsung.

Inisiatif khas Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan kerjasama pengusaha trak makanan tempatan ternyata meringankan beban kewangan masyarakat.

Orang ramai yang hadir mengikuti PAU 2017 malah gembira dengan langkah prihatin UMNO tampil menyediakan kelainan menerusi kemudahan unik sedemikian sekali gus dapat membantu usahawan trak makanan Bumiputera.

Antara makanan menjadi pilihan ramai pengunjung ialah rojak yang disediakan oleh trak Rojak Cendol; dengan 650 pinggan dilaporkan berjaya habis dalam tempoh 45 minit sahaja, menurut laporan berita portal Astro Awani.

Pengusaha trak makanan berkenaan, Meeza Maisara Samsul Kamal berkata, selain menu utama iaitu rojak, para pengunjung juga boleh menjamu cendol dan mi goreng yang disediakan istimewa buat mereka mengisi perut.

“Peluang menyediakan makanan secara percuma ketika berlangsung PAU2017 dapat membuka peluang kepada saya untuk mempromosikan jenama syarikat serta makanan yang ditawarkan kepada warga kota,” katanya lagi.

Turut mendapat perhatian ramai ialah aneka makanan berat tempatan antaranya nasi kerabu yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Pantai Timur termasuk perwakilan UMNO sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top