Bukan Berita Online Biasa

24 Daripada 31 Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti

24 Daripada 31 Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti

in Utama & Sensasi
Spread the love

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa telah mengenal pasti 24 daripada 31 mangsa bot pelancong yang karam semasa dalam perjalanan dari sini ke Pulau Mengalum pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata mereka yang dikenal pasti termasuk dua daripada tiga yang ditemukan maut.

Sebanyak 22 yang dikenal pasti ialah warga China termasuk dua yang maut iaitu seorang wanita, He Run Yuan, 46, dan lelaki, Zhang Xioa Kun (umur belum dipastikan).

Warga China yang terselamat dikenali sebagai Yan Yan Xin (lelaki/50 tahun); Fan Li Xia (lelaki/40); Yan Si Yi (wanita/17); Shen Hao Tian (lelaki/17); Yang Yao Ru (wanita/24); Wang Xian Zhang (wanita/48); Cao Dong Tue (wanita/umur tidak dinyatakan); Wei Yin (lelaki/umur tidak dinyatakan); Lu Guo Hang (gender/umur tidak dinyatakan) dan Li Feng (wanita/39).

Turut terselamat Chen Xin Jian (wanita/23); Her Hai Min (lelaki/22); He Zi Hao (wanita/20); Guo Shun Ke (lelaki/48); Tan Ting (wanita/31); Zeng Cui Can (lelaki/55); Liu Jin Can (lelaki/31); Liu Juan (wanita/32); Liu Fei Tong (lelaki/32) dan Chen Xi, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Turut terselamat juragan bot jenis katamaran itu Sharizal Salian, 25, warga tempatan dan kru bot Aman Abdul, 38, warga Filipina yang memegang dokumen imigresen IMM13.

Kesemua warga China tersebut tiba dengan kapal nelayan di Jeti Polis Marin Kota Kinabalu di sini pada 1.45 pagi tadi manakala kru bot yang diselamatkan oleh seorang juragan bot pelancong dan temannya yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR), tiba di sini petang semalam.

Bot itu yang membawa tiga anak kapal dan 28 pelancong dari China dipercayai karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu, sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru di sini menuju Pulau Mengalum, destinasi pelancong kira-kira 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu.

Enam lagi masih hilang dan SAR masih diteruskan bagi mengesan mereka.

Sementara itu situasi di Hospital Queen Elizabeth yang menempatkan mangsa pagi ini tenang di sebalik kehadiran beberapa anggota polis.

Bagaimanapun, sekumpulan kecil dipercayai anggota keluarga mangsa kelihatan jengkel dengan kehadiran anggota media yang cuba merakam gambar, dan memberi isyarat supaya kumpulan warga media itu meninggalkan kawasan hospital. – BERNAMA

Loading...

Spread the love

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top