Bukan Berita Online Biasa

Kes Buli Zulfarhan: 32 Pelajar UPNM Didakwa Hari ini

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Susulan daripada tamat tempoh reman, sebahagian daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner  Fadzil Ahmad berkata, suspek akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagaimanapun, jumlah berapa ramai pelajar yang didakwa tidak didedahkan .

“Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa,” katanya.

Pada  1 Jun lalu, Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia di Hospital Serdang dipercayai akibat didera.

Mangsa dilaporkan turut  mengalami kesan melecur di beberapa bahagian badan akibat ditekap seterika wap.

Mangsa juga dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya.

Susulan daripada kejadian itu, 36 suspek ditahan reman untuk membantu siasatan termasuk empat pelajar Universiti Tenaga Nasional Berhad (UNITEN).

Bagaimanapun, empat pelajar UNITEN dibebaskan pada 8 Jun lalu manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top