Bukan Berita Online Biasa

62 Maut Dalam Kebakaran Hutan Di Madrid

in Utama & Sensasi

MADRID – 62 nyawa termasuk 30 pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kenderaan mereka terkorban dalam kejadian kebakaran hutan.

Kebakaran yang bermula Sabtu lalu merebak dengan pantas menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri, lapor ABC News.

Menurut Setiausaha Negara Jorge Gomes, separuh daripada mangsa mati dalam kereta yang dikelilingi api ketika memandu merentasi kawasan hutan padat antara Figueiro dos Vinhos dan Castanheira de Pera.

Malah terdapat mayat pemandu yang berjaya keluar daripada kenderaan mereka namun gagal menyelamatkan diri daripada kebakaran hutan itu turut ditemui.

Berikutan kejadian itu, beberapa kediaman musnah manakala jalan raya di kawasan terlibat juga ditutup kepada umum kerana asap tebal.

1,600 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk kerja memadamkan kebakaran termasuk pesawat dan helikopter. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top