Bukan Berita Online Biasa

8 Wanita Iran Menyamar Lelaki Tonton Bola Ditahan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TEHERAN – Lapan wanita Iran ditangkap pihak polis kerana didapati menyamar dengan berpakaian seperti lelaki supaya mereka boleh menonton sebuah perlawanan liga bola sepak lelaki tempatan.

Undang-undang syariah di negara Syiah itu mengharamkan wanita daripada menyaksikan perlawanan sukan secara langsung di kawasan lelaki yang menjadi penonton. Mereka dilaporkan media ditahan di Staidum Azadi di sini.

Kelapan-lapan suspek cuba menyamar bagi membolehkan mereka menonton perlawanan antara Esteghlal FC menentang Persepolis FC pada 12 Februari lalu, tetapi kini berdepan dengan tindakan undang-undang moral.

Ketua Keselamatan ibu kota Iran itu, Alireza Adeli dilaporkan berkata kepada agensi berita Memri, bahawa ini bukan kali pertama perkara sebegitu dikesan masih lagi berlaku meskipun sudah diberi peringatan beberapa kali.

“Pengharaman itu bertujuan untuk menjaga maruah wanita kerana situasi persekitaran, kekecohan dan orang ramai bercampur gaul bebas secara terbuka di sekitar stadium sebenarnya bukan tempat yang baik untuk mereka sendiri.

Baca: 7,000 Ejen Polis Iran Pantau Wanita Tanggal Tudung

Juga: Tokoh Syiah Iran Haram Wanita Tunggang Basikal

“Golongan wanita yang ingin lihat perlawanan masih boleh berbuat sedemikian dengan menonton menerusi TV, yang menyiarkan perlawanan itu dan memberi semua orang peluang untuk menyaksikan secara langsung.”

Mereka malahan boleh menghadiri perlawanan di stadium jika ia hanya melibatkan penyertaan pasukan wanita sahaja tanpa penonton lelaki. Peraturan ketat itu dilaksanakan sejak 1982 susulan kebangkitan Revolusi Iran.

Kelapan-lapan wanita itu kini akan dikenakan dakwaan di sebuah mahkamah syariah. Menurut media antarabangsa, selain mengharamkan wanita ke stadium bola sepak, undang-undang ketat Iran juga diperluaskan tahun lalu.

Ini termasuk melarang wanita berbasikal di tempat awam. Ketua kerohanian tertinggi Syiah Iran, Ali Khamenei mengeluarkan fatwa melarang aktiviti wanita berbasikal di jalanan dengan alasan ia akan menarik perhatian lelaki.

Antara tindakan lain di negara itu yang boleh membuat mereka ditahan ejen polis syariah termasuk memuat naik gambar tanpa berhijab dan video mereka menyanyi selain tidak memakai hijab. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top