Bukan Berita Online Biasa

Abam ‘Simpan’ Isteri, Tak Mahu Selalu Tayang

in Artis/Utama & Sensasi

SEBAGAI selebriti, pasti mereka juga mahukan ruang privasi bersama orang tersayang. Takkan asyik nak tunjuk kat public je kan.

BACA: Abam Dan Tauke Nikah Tarikh Selang Sehari

JUGA:  “Abam Rendah Diri, Sebab Tu Saya Terpikat”- Hidayah

Jadi bagi pelawak terkenal, Abam Bocey dia telah mengambil keputusan untuk tidak sering menonjolkan isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali terutamanya di media sosial.

“Saya lebih selesa jika kehidupan kami suami isteri tidak dikongsi secara terbuka. Lagipun saya yang bekerja dalam bidang ini, bukan isteri.

“Kalau boleh, saya tidak mahu dilibatkan isteri langsung dengan hal kerja saya. Biarlah dia dapat jalani kehidupan seperti biasa.

“Bagi saya, isteri saya adalah privacy saya, tetapi itu tidak bermakna saya akan sorokkan dia atau tak bagi keluar rumah,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Bagi Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, kebahagiaan rumah tangga bukanlah terletak melalui sekerap mana kebahagiaan itu ditunjukkan di media sosial.

“Saya ambil contoh Datuk Rosyam Nor, beliau tidak mendedahkan kehidupan keluarga kepada umum dan akan berkongsi mengenai kerjaya sahaja.

“Saya mahu begitu. Kebahagiaan tidak diukur melalui media sosial,” ujarnya lagi.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mahu berbulan madu. Jadi Abam telah merancang untuk membawa isteri yang tercinta ke sebuah lokasi namun bukanlah dalam masa terdekat ini.

“Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat kerana saya terikat dengan beberapa projek dan sibuk sedikit.

“Insha Allah, jika tiada aral melintang selepas resepsi saya pada 20 Januari nanti kami akan cari masa berbulan madu,” tambah Abam yang telah dinikahkan dengan Hidayah pada Jumaat lalu.

Betul juga keputusan yang dilakukan oleh Abam ni. Yelah, tak semstinya kalau dah kahwin semuanya peru ditayang dekat media sosial.

Sekali sekala privasi itu sangat diperlukan bagi selebriti mahupun orang biasa sekalipun. Lebih baik dijaga daripada asyik didedahkan, lama-lama orang pun naik muak. – NMYNEWSHUB.CC / AH

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top