Bukan Berita Online Biasa

"Achik Pergi Dulu Untuk Bagi Peluang Adik Dikenali"

“Achik Pergi Dulu Untuk Bagi Peluang Adik Dikenali”

in Artis/Utama & Sensasi

TERLALU rindu dengan arwah abangnya, adik kepada Allahyarham Achik (Spin) mengakui dia sering bertemu dengan arwah dalam mimpi biarpun telah tujuh tahun abangnya meninggal dunia.

Kata Khalis, 29, mimpi tersebut seakan-akan benar-benar berlaku dan dia sering tertunggu untuk bermimpi bertemu abangnya itu agar dia mendapat peluang untuk memeluk penyanyi Paling Comel itu.

“Saya antara yang kerap bermimpi arwah dan kali terakhir pada awal Ramadan lalu di mana setiap kali ‘berjumpa’ dengan bang Chik (panggilan untuk Achik), saya sedar saya sedang bermimpi tetapi situasinya seperti saya benar-benar sedang berkomunikasi dengan arwah.

“Saat itu saya akan peluknya erat-erat dan meluahkan rasa rindu padanya. Bang Chik seakan-akan memahami kerinduan saya padanya dengan memandang tepat pada wajah saya. Senyumannya juga tidak lekang di bibir.

"Achik Pergi Dulu Untuk Bagi Peluang Adik Dikenali"
Khalis kini menyambung perjuangan seni arwah abangnya dengan menjadi vokalis kumpulan Khalis & The Real Spin sejak tahun 2016. Kredit foto: mStar Online

“Selalunya saya akan bertanya padanya soalan yang sama, kenapa bang Chik terlalu awal tinggalkan kami?

Jawapannya ringkas: “Kalau bang Chik tak pergi, kamu adik-adik tidak berpeluang menyanyi dan dikenali,” katanya kepada mStar Online.

Achik atau Abdillah Murad Md Shari meninggal dunia pada usia 28 tahun dalam satu kemalangan maut di Lebuhraya Kajang-Seremban pada 17 April 2010.

Dalam pada itu kata Khalis atau Muhammad Khalis Shari ini lagi, selalunya arwah akan muncul dalam bentuk seakan-akan hologram dan perkara itu membuatkan dia sedar yang pada ketika itu dia sedang bermimpi.

“Kalau boleh, setiap masa saya mahu mimpi itu datang kerana di kesempatan itulah saya dapat meluahkan rasa rindu pada dia. Arwah tidak banyak berkata-kata namun air wajahnya cukup tenang,” ujarnya lagi.

Khalis kini menjadi vokalis kepada kumpulan Khalis & The Real Spin dan bakal hadir dengan single pertama berjudul Semakin Rindu ciptaan Cuna Alfian dan Atan Alfian selepas Aidilfitri depan bawah pengurusan label Padi Records & Entertainment.

Katanya, Khalis & The Real Spin ditubuhkan pada 2016 dengan dua anggota lama Spin iaitu Azren dan Aidel selain seorang anggota baru, Aiman. РMYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top