Bukan Berita Online Biasa

Aiman Tino Makin Popular, Bakal Bida Plat Kereta Baru

in Artis/Utama & Sensasi

REZEKI ayam nampak di kaki, rezeki manusia tak siapa yang tahu. Kalau rezeki Aiman Tino? Rezeki berganda-gandalah kata orang.

Tak perlu nak kenalkan lagi siapakah pelantun lagu popular Ku Rela Dibenci yang kini mendapat tontonan sebanyak 39 juta selepas ditayangkan pada bulan Jun tahun lalu.

Mohammad Aiman Yusri atau Aiman Tino bukan sahaja mendapat perhatian daripada golongan kanak-kanak malah sehingga ke peringkat dewasa tau!

Baru umur 19 tahun tapi dah berjaya ya Aiman ni. Bukan setakat lagu Ku Rela Dibenci je yang popular. Tapi lagu barunya yang bertajuk Ku Hanya Sayang Padamu pun dah ikut jejak sampai cecah 1.8 juta kali tontonan sejak dimuat naik pada minggu lepas!

Wowwww… Hebat penangan awak ni dik. Penyanyi muda kelahiran Kuala Kubu Bharu ni dah cipta sejarahnya sendiri. Sebelum bergelar penyanyi, Aiman merupakan tukang masak di gerai ibunya dekat KKB.

Tapi sekarang dah sibuk dengan undangan nyanyian, jadi Aiman terpaksa meninggalkan kuali dan sudip di kedai ibunya itu. Maka ramailah yang rindukan masakan char kuey teow hasil tangannya itu.

Tahun lepas, Aiman telah disenaraikan sebagai finalis Anugerah Juara Lagu 2016 dan sebabkan kejayaan yang diperolehnya itu, dia telah dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Audi R8.

Bukan tu saja, dia turut diberikan pemandu peribadinya sendiri kerana masih tidak mempunyai lesen kereta waktu itu.

Yayasan Artis Malaysia (YA1M) dikatakan sedang melancarkan satu projek plat pendaftaran khas Artis 1Malaysia (A1M) bertujuan untuk membantu dana dan membantu anak seni melalui projek tersebut.

Sebagai artis baru, Aiman juga dikatakan berminat untuk mendapatkan plat A1M bagi menyokong usaha itu dan ianya juga melambangkan tiga abjad namanya.

Jadi, plat kereta itu bakal digunakan olehnya untuk didaftarkan di atas kereta baharu jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang bakal dimilikinya minggu depan.

Rezeki lagi tu, muda-muda dah ada kereta Audi dan MPV. Nanti dah besar tak ada susah susah nak beli kereta lagi.

Katanya dia lebih selesa memandu sendiri jika tidak terikat dengan mana-mana acara. Lebih mudah katanya boleh nak ke mana-mana kan.

Tak lama lagi pada bulan November ini, Aiman bakal mengeluarkan jenama pakaian seragam sekolah yang bakal dijual dekat pasaraya Mydin yang terpilih.

Sebelum ni Aiman juga ada mengeluaran minyak wangi dan koleksi kurta dibawah jenamanya sendiri. Pandai betul Aiman ni buat bisnes.

Semoga lepas ni akan ada lagi rezeki yang datang kepadanya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top