Bukan Berita Online Biasa

kemalangan

Akibat Takut Polis, Kereta Dipandu Lelaki Terbalik

in Jenayah/Utama & Sensasi

LAHAD DATU – Akibat rasa takut kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, seorang lelaki bertindak memecut laju keretanya bagi mengelak daripada pemeriksaan polis trafik sebelum kereta itu hilang kawalan lalu terbalik di jalan Kilometer 2 Lahad Datu-Tawau di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata dalam kejadian 9 pagi itu anggota penguat kuasa trafik sedang menjalankan pemeriksaan kereta di hadapan Pasar Rakyat sebelum kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 40-an itu memecut laju dan hampir melanggar anggota bertugas.

“Anggota trafik kemudiannya bertindak mengejar kenderaan itu dan apabila sampai di hadapan kem askar, pemandu telah hilang kawalan terhadap kereta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, lelaki itu telah ditahan selepas turut didapati tidak memiliki lesen kereta.

Hamzah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top