Bukan Berita Online Biasa

"Allah Selamat Seorang Lagi Anak Saya"- Bapa Mangsa

“Allah Selamat Seorang Lagi Anak Saya”- Bapa Mangsa

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Walaupun seorang anaknya terkorban dalam kejadian kebakaran sekolah tahfiz ini, namun Allah telah menyelamatkan seorang lagi anaknya yang menuntut di tahfiz tersebut.

“Saya telah kehilangan seorang anak lelaki. Tetapi Allah telah menyelamatkan yang lain,” kata Nasron Mat Yusof, 46.

Nasron merupakan bapa kepada adik Mohd. Nizamuddin, 13, yang merupakan salah seorang mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dekat Datuk Keramat pada pagi tadi.

Nasron juga memberitahun kepada pihak media tempatan bahawa dia telah menerima berita malang yang telah menimpa pelajar tahfiz ini pada pukul 6.30 pagi tadi.

Seorang lagi anaknya yang turut menuntut di tahfiz tersebut, Zunnun Misiri, 15, dikatakan berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian itu.

“Zunnun berjaya lompat keluar dari bangunan sebelum menerima bantuan daripada orang ramai dan sekarang masih lagi dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” kata Nasron ketika ditemui media.

Kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya bongsunya, Nizamuddin ialah pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

“Saya reda dengan pemergian Nizamuddin. Arwah ialah anak yang bijak dan dia berjaya peroleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun lalu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top