Bukan Berita Online Biasa

Amuk Dalam Masjid, Remaja Pukul Lelaki Tengah Solat

Amuk Dalam Masjid, Remaja Pukul Lelaki Tengah Solat

in Gaya Hidup/Slider/Utama & Sensasi

SATU rakaman video memaparkan pergaduhan antara dua lelaki di dalam masjid mula tular di media sosial sejak semalam.

Pergaduhan yang dirakam hampir tiga minit itu berlaku sejurus seorang pemuda berbaju merah dilihat meluru masuk ke ruang solat di dalam masjid dan menyerang lelaki berjubah putih yang sedang beribadah.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila pemuda itu memaki hamun dan mengamuk dengan membaling kerusi ke arah lelaki berjubah itu.

“Kau jangan kau, kau jangan…mati kau jap lagi kat sini… Aku senyap je b***,” pekik remaja berkenaan sambil menggunakkan kata-kata kesat.

Lelaki berjubah itu turut ditumbuk hingga tersungkur ke lantai namun keadaan berjaya ditenangkan oleh seorang rakan jemaah yang turut berada di dalam masjid.

Menurut abang kepada remaja terbabit, Muhd Hafizuddin, kejadian tersebut berpunca kerana lelaki berjubah itu ada ‘mengata belakang’ tentang ibu bapa mereka dan turut menabur fitnah terhadap keluarganya.

“Takkanlah budak 17 tahun nak cari pasal dengan orang tua, memang sebagai orang muda kita harus menghormati orang yang lebih tua, tapi kadang-kadang kesabaran manusia ada batasnya.

“Saya sebagai abang pun memarahinya kerana dia tak dapat mengawal dirinya di dalam masjid, untuk itu saya tebalkan muka memohon maaf kepada semua,” katanya.

Amuk Dalam Masjid, Remaja Pukul Lelaki Tengah Solat

Dia turut mengatakan kes pergaduhan itu telah pun selesai dengan cara baik dan kedua-dua mereka dikatakan telah saling bermaafan.

Ekoran tularnya rakaman kejadian itu, netizen sehingga kini mengecam tindakan remaja terbabit kerana tidak menghormati ‘rumah Allah’. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top