Bukan Berita Online Biasa

Anak Exco Kedah Maut Nahas Lebuh Raya

Anak Exco Kedah Maut Nahas Lebuh Raya

in Jenayah/Utama & Sensasi

ALOR SETAR – Anak lelaki Exco Kedah maut selepas 4WD dinaiki terbabas dan melanggar pokok di KM12.7 lebuh raya PLUS, Changlun, dekat Kampung Bendang Perang, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Irfan Aminuddin, 20, merupakan anak kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan Kedah, Datuk Aminuddin Omar.

Menurut Harian Metro, allahyarham duduk di kerusi depan penumpang. Pemandu yang juga rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27, turut maut dalam kemalangan pada kira-kira jam 4 petang itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 4.30 petang.

Menurut beliau, seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian tersebut.

Kata Mohamad Mustakim, mereka kemudian mendapati Toyota Hilux berkenaan remuk teruk selepas melanggar sebatang pokok di tepi lebuh raya.

“Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit namun mereka disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Aminuddin yang turut ke lokasi kemalangan sebaik mengetahui kejadian itu kelihatan sebak dan menekup mukanya sebaik melihat jenazah anaknya dibawa keluar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top