Bukan Berita Online Biasa

Anak Kim Kardashian Kena Kutuk Pakai Korset

in Artis/Utama & Sensasi

ANAK Kim Kardashian, North West menerima kecaman dari pengguna media sosial yang berpendapat bahawa penampilannya tidak bersesuai dengan umur yang masih kecil.

North dikecam kerana mengenakan gaun berwarna oren yang mempunyai korset di bahagian luarnya.

Rata-rata berpendapat bahawa pakaian itu tidak sesuai digayakan oleh budak berusia empat tahun kerana ia merupakan pakaian yang dipakai oleh orang dewasa.

“North memaki korset? Biarkan dia membesar sebagai seorang kanak-kanak!” tulis @_gherkins.

“Dia terlalu muda untuk dibentukkan sebegitu,” tulis @raymond57

Walau bagaimanapun, Kim tidak berdiam diri dan ‘menjawab’ segala kritikan yang dilemparkan kepada North dan dirinya.

Menurut Kim, korset yang dikecam itu bukanlah korset yang digunakan oleh golongan dewasa, malah ia merupakan hiasan fesyen untuk baju tersebut.

“Baju ini dibeli dengan fesyen ini. Ia bukan korset dewasa tetapi ianya kain biasa dan hanya sebagai hiasan,” tulisnya di Twitter. MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top