Bukan Berita Online Biasa

Anak Manusia Tertua Dunia Meninggal Usia 97 Tahun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BEBERAPA hari lalu, seorang wanita Jamaica bernama Violet-Mosse Brown, 117, menjadi tumpuan dunia selepas menerima gelaran manusia paling tua di dunia apabila pemegang gelaran terdahulu, Emma Morano dari Itali meninggal dunia.

Bagaimanapun, siapa menyangka ketika mata seluruh dunia tertumpu padanya, wanita ini dikejutkan dengan khabar sedih apabila anaknya yang berusia 97 tahun disahkan meninggal dunia, Rabu lalu.

Anak lelakinya yang dikenali sebagai Harland Fairweather meninggal dunia di rumah kediamannya akibat masalah kesihatan selain dipercayai sakit tua.

Anak Manusia Tertua Dunia Meninggal Usia 97 Tahun
Harland Fairweather

“Tahap kesihatanya memang sedang tidak baik sejak akhir-akhir ini, tapi kami tidak membayangkan dia akan pergi,” kata pengasuh keluarga itu, Elaine McGrowder.

Semasa hayatnya, Fairweather hidup bersama ibunya di daerah pinggiran sebelah barat laut Jamaica, Duanvale.

Sebelum ini, pihak Guinness World Book of Records pernah mengiktiraf Brown sebagai supercentenarian pertama dari Jamaica dan yang tertua dari pulau rantau Caribbean.

‘Supercentenarian’ adalah orang yang telah tinggal atau meninggal dunia selepas ulang tahun ke-110 mereka.

Brown dilahirkan pada 10 Mac 1900 dan pernah bekerja sebagai petani tebu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top