Bukan Berita Online Biasa

Anak Princess Leia Dapat RM120 Juta

in Artis/Utama & Sensasi

ANAK kepada mendiang Carrie Fisher yang terkenal sebagai watak Princess Leia dalam francais filem Star Wars, Billie Lourd diumumkan sebagai pewaris kepada semua harta peninggalan bintang itu.

Majalah People melaporkan harta yang ditinggalkan Carrie akan diserahkan sepenuhnya kepada Billie termasuk wang dalam bank, hartanah, kediaman dan insurans nyawa.

Harta peribadi Carrie seperti kenderaan, barangan kemas, lukisan dan barang antik milik pelakon itu turut diserahkan kepada Billie.

Billie, 24, yang juga seorang aktres, turut mendapat royalti buku dihasilkan Carrie termasuk semua hak cipta bawah nama ibunya itu.

Beberapa barangan ikonik milik Carrie akan dijual dalam sebuah acara lelongan pada September depan dan hasil jualan itu akan diserahkan kepada badan kebajikan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan jumlah keseluruhan harta milik Carrie yang diserahkan kepada Billie namun dilaporkan ia berjumlah lebih daripada AS$30 juta (RM120 juta).

Pelakon yang terkenal menerusi watak Princess Leia itu meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung ketika berada dalam pesawat dari London ke Los Angeles pada 23 Disember lalu.

Lebih menyedihkan, ibu Carrie, pelakon Debbie Reynolds pula meninggal dunia sehari selepas Carrie. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top