Bukan Berita Online Biasa

Anis Al Idrus Bakal Umum Tarikh Kahwin

Anis Al Idrus Bakal Umum Tarikh Kahwin

in Artis/Utama & Sensasi

MODEL, pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus, 29, bakal mengumumkan tarikh pernikahannya pada 23 Mei ini.

Menerusi jemputan yang dihantar kepada media hari ini, penyanyi lagu Mengapa itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan, Aiman Rafzan atau nama sebenarnya, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi yang telah memudahkan segala urusan. Saya harap semua dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dan bakal suami.

“Ya, saya akan mengumumkan tarikh nikah minggu hadapan. Kita sama-sama doakan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal telah bertunang dengan Aiman Rafzan pada 24 Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top