Bukan Berita Online Biasa

2 Lelaki Didakwa Perdagang 3 Lelaki Indonesia

Anti Pemerdagangan, Malaysia Lonjak Tahap 2

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA –┬áKedudukan negara melonjak ke Tahap 2 tahun ini setelah berjaya melaksanakan usaha signifikan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia hasil komitmen tinggi ahli Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (HLC MAPCO) yang melibatkan peningkatan siasatan, pendakwaan dan sabitan kes pemerdagangan orang.

Usaha berkenaan adalah bagi mematuhi akta United Nations Convention Against Transnational Organized Crime (UNTOC) dan Trafficking Victim Protection Act 2000 (TVPA).

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia sebelum ini pernah berada di kedudukan Tahap 2 (Pemerhatian) selama lapan kali kerana tidak menunjukkan peningkatan ketara.

Beliau berkata demikian di sini sempena Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi HLC MAPCO.

Selain barisan menteri Kabinet dan ketua agensi terlibat, mesyuarat turut dihadiri Duta Besar Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur, Kamala Shirin Lakhdir.

Menurutnya lagi, sehingga Jun 2017, sebanyak 254 kes pemerdagangan orang dibawa untuk pendakwaan dengan 67 sabitan diperoleh.

Daripada jumlah itu, 43 melibatkan kesalahan pemerdagangan orang dan 24 kesalahan lain yang berunsur pemerdagangan orang.

363 tangkapan berjaya dilakukan pada Januari hingga Jun tahun ini.

Ahmad Zahid turut memuji penglibatan NGO dalam pengurusan mangsa pemerdagangan orang.

“Ia satu perkembangan positif dan perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan mangsa terus terpelihara dan tanggungjawab dapat dikongsi bersama,” katanya.

Tambahnya, ia juga selaras dengan komitmen negara melaksanakan pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang telah berkuat kuasa November 2015.

Kerajaan, menurutnya, telah menyalurkan dana berjumlah RM1,385,500.00 kepada dua badan NGO sebagai projek rintis selain menyediakan tiga rumah perlindungan mangsa pemerdagangan di Sabah, Selangor dan Pulau Pinang.

Mesyuarat turut mengambil maklum mengenai hari kesedaran jenayah pemerdagangan orang “World Day Against Trafficking in Persons” yang disambut pada 30 Julai setiap tahun. – Astro Awani

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top