Bukan Berita Online Biasa

Apple Lancar 3 Model Baharu: iPhone X, 8, 8 Plus

in Gadjet/Utama & Sensasi

APPLE Inc. secara rasmi memperkenalkan model telefon baharu yang dinanti-nantikan para penggunanya di seluruh dunia, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus hari ini.

Selain dua telefon pintar baharu itu, Apple turut membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar bersempena ulang tahun ke-10 mereka dan turut dikatakan bakal membawa revolusi seterusnya, iaitu iPhone X.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook dalam satu majlis pelancaran istimewa yang berlangsung di Teater Steve Jobs, pada Isnin.

Peranti iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan itu merupakan versi penambahbaikan kepada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di mana Apple mengemaskini beberapa ciri utama yang terdapat pada produk semasa.

Melalui model baharu itu juga, Apple akhirnya telah menambah sokongan pengecasan pantas seperti yang terdapat pada model-model kebiasaan peranti premium.

Biarpun tidak berkongsi lanjut mengenai teknologi ini, Apple mengatakan pengguna boleh mengecas sehingga 50 peratus dalam masa sekitar 30 minit.

Kadar kamera belakangnya juga ditingkat kepada setinggi 12 megapiksel dengan fungsi fokus auto pantas ketika pencahayaan rendah, pemprosesan piksel lebih baik dan buat pertama kali, pengurangan ‘multiband noise’ pada perkakasan.

Ciri kamera baru, Portrait Photo Lighting diperkenalkan membolehkan pengguna memilih sendiri kesan pencahayaan yang mahu digunakan untuk foto dan ia bukannya ‘filter’.

Pembesar suara iPhone 8 juga 25 peratus lebih kuat berbanding iPhone 7 dan seperti sebelumnya, ia mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.

Cip A11 baru dalam iPhone 8 hebat bersama keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AR) yang menjadi penggerak masa depan.

Buat iphone X pula, ia merupakan percubaan pertama kali pihak Apple dalam penggunaan teknologi paparan OLED.

Pada bahagian hadapan iPhone X, pengguna boleh melihat rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai yang sangat nipis.

Rekaan skrin dari sisi ke sisi ini menggunkan skrin bersaiz 5.8-inci dengan paparan Super Retina yang menawarkan kadar ketumpatan 458PPI.

Bagaimanapun, tiada butan ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID, iaitu pengesanan wajah yang merupakan antara ciri baru dalam iPhone X.

Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.

iPhone X juga mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif dan fungsi dwi kamera dengan lens f2.4 serta f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

iPhone 8 bermula pada harga anggaran RM3,099 manakala iPhone 8 Plus pula bermula pada harga RM3,499.

Manakala model Iphone X akan dijual pada harga anggaran RM4,299, dengan kadar kapisiti minimum 65Gb. Menjadikan model peranti ini merupakan model termahal yang pernah ditawarkan Apple.

Tempahan boleh dilakukan bermula 15 September namun Malaysia bukan antara negara terawal menerimanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gadjet

Go to Top