Bukan Berita Online Biasa

Kepincangan Dalam DAP Bukan Salah BN - Idris Haron

Arah Pemeriksaan Maahad Tahfiz Seluruh Melaka

in Utama & Sensasi

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendidikan Melaka serta agensi keselamatan dan kesihatan agar melakukan pemeriksaan terhadap maahad tahfiz di negeri ini bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Beliau berkata semua maahad tahfiz sama ada di bawah seliaan JAIM atau swasta perlu mengambil berat faktor keselamatan terutama melibatkan premis serta bangunan maahad dan tidak sama sekali berkompromi terhadap tahap keselamatan di institusi tersebut.

“Laporan tahap keselamatan diminta untuk dibentang kepada pihak berkuasa negeri dengan segera. Tindakan proaktif dan sistematik dapat mengelakkan sebarang kecelakaan atau kemalangan berlaku,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau mengulas kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi yang meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru.

Idris berkata beliau mewakili kerajaan negeri dan rakyat Melaka untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top