Bukan Berita Online Biasa

Aswaja Kesal Siti Kasim Terajui Majlis Peguam

Aswaja Kesal Siti Kasim Terajui Majlis Peguam

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) memberi peringatan kepada Majlis Peguam supaya tidak menjadi alat untuk menentang usaha memartabatkan Islam di negara ini.

Ia ekoran pelantikan peguam Siti Kasim yang sering memperlekehkan hukum Islam menerajui badan guaman tersebut.

Presiden Aswaja, Dr. Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, pemilihan Siti Kasim bukan saja mencalar imej Majlis Peguam, malah menjadikan perjuangan badan itu semakin tidak relevan.

“Pemilihan Siti Kasim dalam Majlis Peguam pastinya mengundang rasa kurang senang umat Islam dan ia bakal melebarkan lagi permusuhan umat Islam dengan individu kontroversi itu yang akhirnya turut mengheret Majlis Peguam.

“Apa yang lebih membimbangkan lagi ia akan mencetuskan perbuatan ‘kegeraman melampau’ terhadap Siti Kasim yang akhirnya membawa kepada tindakan ekstremis agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Siti Kasim atau nama asalnya Siti Zabedah Kasim telah dilantik antara empat muka baru yang menjadi barisan hadapan Majlis Peguam.

Beliau memenangi 1,893 undi sekali gus mela­yakkannya berada pada tangga ke lapan daripada 22 calon yang bertanding dalam pemilihan badan itu. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...

Tags:

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top