Bukan Berita Online Biasa

Ayda Jebat Rehat Berlakon, Fokus Album Sulung

in Artis/Utama & Sensasi

NAMANYA dikenali kerana gandingannya dengan Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200%. Kini, nama Ayda Jebat semakin meningkat naik sebagai seorang penyanyi pula.

Selepas pelancaran singlenya yang terbaru bertajuk Mata, dengar-dengarnya penyanyi kecil molek ini akan muncul dengan album sulungnya tidak lama lagi.

Disebabkan itu juga, pemilik nama Nur Suhada Jebat ini mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia lakonan sehingga hujung tahun ini.

“Jadual saya penuh dengan penggambaran dan promosi filem, sekarang saya nak fokus kepada karier nyanyian saya pula,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Penyanyi yang berusia 25 tahun ini akan kembali ke dunia lakonan pada tahun hadapan. Meskipun dia bakal berehat sehingga hujung tahun ini, jadualnya sudah padat dengan tawaran lakonan.

“Untuk tahun depan, jadual saya sudah dipenuhi dengan beberapa tawaran lakonan, tetapi buat masa sekarang saya tak boleh kongsikan lagi nama projek berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayda sedang giat mempromosikan filem terbarunya yang baru dilancarkan semalam. Filem Pinjamkan Hatiku ini turut dibintangi Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Filem arahan Osman Ali ini akan menemui penonton di pawagam pada 30 November 2017. Jangan tak tahu, Ayda juga merupakan penyanyi sound track untuk filem ini bersama Adi Priyo, vokalis kumpulan Sixthsense.

Ayda turut berkongsi pengalamannya semasa pengambaran filem ini berlangsung. Katanya, ada kru yang pergi selamanya semasa penggambaran filem ini.

Bukan itu sahaja, malah dirinya turut tercedera di wajah dan kaki akibat terkena rakit. Penggambaran filem ini juga berlangsung di beberapa lokasi di luar negara.

Sama-sama kita nantikan aksi Ayda Jebat dalam filem lakonan pertamanya ini! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top