Bukan Berita Online Biasa

Aznil Nawawi Buka Tapak Perniagaan, 'Bazaar Paknil'

Aznil Nawawi Buka Tapak Perniagaan, ‘Bazaar Paknil’

in Artis/Utama & Sensasi

SEJAK kebelakangan ini, tidak dapat dinafikan bahawa semakin ramai artis yang menceburi bidang perniagaan di bawah nama dan jenama sendiri.

Tidak ketinggalan ialah pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Aznil, 55, memilih konsep hiburan untuk menarik minat orang ramai mengunjungi tapak perniagaannya, Bazaar Paknil yang terletak di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor.

Menurut Aznil, idea mewujudkan lokasi untuk menjalankan perniagaan ini timbul selepas sambutan yang menggalakkan daripada penjual dan pembeli secara atas talian dengan menggunakan hashtag #BazaarPaknil.

Aznil Nawawi Buka Tapak Perniagaan, 'Bazaar Paknil'
Sumber foto: IG Hatta Dolmat

“Penggunaaan hashtag #BazaarPaknil dia media sosial Instagram kini sudah mencecah 15 juta posting.

“Sebab itu saya terpanggil untuk membuka ruang perniagaan bagi para peniaga meraih keuntungan berniaga secara fizikal di bawah jenama Bazaar Paknil,” katanya kepada mStar Online.

Aznil Nawawi Buka Tapak Perniagaan, 'Bazaar Paknil'
Sumber foto: mStar Online

Bazaar Paknil sudah mula beroperasi pada 15 Mac lalu dan buat masa ini menempatkan sebanyak 35 vendor yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Antara artis yang ada tapak jualan di Bazaar paknil ialah Neelofa (Naeolofar Hijab), Zain Saidin (Zapatos), koleksi pakaian oleh pereka fesyen Hatta Dolmat dan produk penjagaan wajah milik Aznil sendiri, Anell By Aznil Nawawi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top