Bukan Berita Online Biasa

Bas Elektrik Di Putrajaya Beroperasi Tahun Depan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Putrajaya dijangka memiliki lima buah bas elektrik yang akan memulakan operasi di tiga laluan menjelang suku kedua tahun depan dalam fasa pertama.

Pengarah Urusan Green Energy Transportation Solution (GETS) Global Bhd., Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata ia melibatkan laluan biru yang bergerak dari satu kementerian ke satu kementerian lain pada waktu pejabat.

Manakala laluan kuning bagi kawasan perumahan dan laluan hijau sebagai pengangkutan awam untuk pelancong.

“Bas elektrik ini akan menggantikan 49 buah bas sedia ada yang menggunakan gas asli (NGV) dan sudah berusia 13 tahun. Faktor bekalan NGV yang semakin terhad turut mendorong bas NGV digantikan dengan bas elektrik.

“Menjelang 2025, Putrajaya dijangka memiliki 150 bas elektrik pelbagai jenis termasuk bas panjang dan bas mini yang akan dibawa masuk secara berperingkat mulai suku kedua tahun depan.

“Ini melibatkan kos RM200 juta,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara GETS Global dan Putrajaya Leisures and Services Group Sdn. Bhd. (Pulse Group).

Mengenai penggunaan bas di Putrajaya, Che Azizuddin berkata pada masa ini daripada 90,000 penduduk Putrajaya, hanya 50 peratus yang menggunakan pengangkutan awam.

“Penduduk Putrjaya dijangka mencecah 350,000 pada 2025. Dalam hal ini, GETS Global melihat bandar raya Beijing sebagai model yang mempunyai penduduk ramai dengan sistem pengangkutan awam yang efisien dan perlepasan karbon yang minima,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top