Bukan Berita Online Biasa

Batal Lesen Hotel Larang Muslimah Bertudung

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PERSATUAN Progresif India Malaysia (MIPAS) amat kesal dengan sikap diskriminasi dan mengutuk sekeras-kerasnya dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan (frontline) sektor perhotelan seperti yang diamalkan sesetengah rangkaian hotel di negara ini adalah tidak adil sama sekali.

MIPAS memandang serius terhadap sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan larangan pemakaian tudung untuk wanita Islam yang ingin bekerja di bahagian hadapan (frontline) hotel-hotel di Malaysia.

Ia merupakan satu polisi ketinggalan zaman serta menindas hak wanita yang mahu mengamalkan agamanya. Malahan profesionalisme seseorang tidak terjejas sama sekali hanya memakai tudung.

Justeru itu larangan sebegini dalam dasar pekerjaan adalah tidak relevan dan munasabah.

Pihak hotel tidak perlu mengeluarkan larangan sedemikian, sebaliknya perkara itu bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan pihak pengurusan menangani isu itu

MIPAS mendesak kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelancongan agar menarik balik lesen hotel yang melaksanakan dasar larangan tersebut terhadap pekerja wanita muslimah memakai tudung.

MIPAS menyeru agar kerajaan perlu bertegas dalam perkara ini bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian beragama semua kaum di Malaysia tidak tergugat dengan polisi diskriminasi agama.

Terima kasih,

Yang benar,

S.Barathidasan
Setiausaha Agung
Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)

– MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top