Bukan Berita Online Biasa

Bekas Suami Janet Jackson Utus Nota Sedih Lepas Cerai

Bekas Suami Janet Jackson Utus Nota Sedih Lepas Cerai

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS seminggu Janet Jackson dan Wissam Al Mana mengumumkan perceraian mereka, CEO bilionair tersebut mendedahkan perasaan sebenarnya tentang perpisahan itu.

Wissam merangka sebuah pesanan penuh emosi tentang penyanyi superstar tersebut, yang kemudiannya dimuat naik di dalam laman webnya berserta sekeping gambar hitam putih Janet.

“Untuk wanita paling cantik di dunia, terima kasih atas cinta abadi kamu, sokongan berterusan dan kerana menjadi sahabat baik saya. Saya sangat  cintakan kamu, insyaAllah kita akan bersama di the Great Forever (lagu nyanyian Janet).”

Cuma dua hari lalu, ahli perniagaan daripada Qatar itu memuat naik sebaris ayat suci Al-Quran, namun telah dipadamkan, yang memberi bayangan tentang perceraian mereka.

Janet dan Wissam memilih untuk menyorok daripada tumpuan media sejak pengumuman perceraian mereka dibuat, namun gambar-gambar terbaru penyanyi itu memberi indikasi bahawa dia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Baru-baru ini, Janet telah berkongsi gambar anak lelakinya, Eissa di laman Twitter miliknya.

 

Sementara itu, perceraian pasangan ini mengejutkan ramai pihak oleh kerana Janet baru sahaja melahirkan anak mereka tiga bulan yang lalu.

Namun, menurut seorang sumber, hubungan mereka sememangnya bermasalah sejak awal lagi sebelum Eissa dilahirkan, yang mencetuskan spekulasi bahawa mereka berpisah atas sebab perbezaan dari sudut pegangan budaya.

“Wissam mahukan seorang isteri yang berpegang kepada tradisi Islamik. Malah, sebelum bayi itu dilahirkan lagi, mereka berdua sering bertikam lidah sesama sendiri.” MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top