Bukan Berita Online Biasa

Benjy Ditahan Di Medan Sorok Syabu Dalam Dubur

in Artis/Jenayah/Utama & Sensasi

PELAKON dan anak Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim ditangkap sekali lagi kerana mengedar dadah dan kali ini di Indonesia.

Ia susulan tindakan pihak berkuasa Indonesia yang berjaya mengeluarkan dua paket syabu yang disorokkan di dalam dubur suspek tersebut.

Menurut laporan portal Detik.com, pelakon itu diberkas setelah dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang itu menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

“Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,” ujarnya.

Menurut laporan tersebut, Benjy kini ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana. – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Artis

Go to Top