Bukan Berita Online Biasa

Beto Kusyairy Dah Buka Mulut Isu 'Pelakon Kayu'

Beto Kusyairy Dah Buka Mulut Isu ‘Pelakon Kayu’

in Artis/Utama & Sensasi

KALAU cakap soal ‘pelakon kayu’, mesti kita akan terus terfikirkan Fattah Amin kan? Kesian Fattah… Asal ‘kayu’ je mesti nama dia naik!

Tapi ini bukan cerita mengenai Fattah, sebaliknya untuk semua barisan pelakon baru yang sekarang ni muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Banyak sangat pelakon baru sampai kami pening siapa nama mereka ni!

Ya lah, sampai bila isu pelakon kayu ni nak berpanjangan. Kalau sebelum ni netizen yang ‘banyak ilmu’ mengenai dunia lakonan dah puas bagi komen tentang pelakon kaku, kini sebagai pelakon yang boleh dikatakan mempunyai bakat besar, Nurkusyairy Zakuan Osman atau Beto Kusyairy telah memberi komen mengenai ‘pelakon kayu’ yang kaku di depan kamera.

Beto sebelum ini pernah mengejutkan industri bila dia tampil berbaju melayu pada majlis Anugerah Skrin 2015. Artis lain melaram kelip-kelip, Beto relax pakai baju melayu je.

Niat Beto bukanlah untuk menutup pintu rezeki mana-mana pelakon baru ataupun mengutuk mereka. Namun ini boleh dikatakan sekadar teguran bebas untuk semua pelakon dan tidak ditujukan kepada siapa-siapa.

“Saya nampak ada peningkatan dari segi kualiti pembikinanan yang tersendiri, cuma menjadi masalah saya sekarang ialah bila orang lebih utamakan popularity instead of quality,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Bukan apa, kadang kala syarikat produksi itu sendiri yang mementingkan populariti sseoranga artis itu untuk menjayakan filem atau drama yang dijalankan.

Yang lebih mengejutkan, ada sesetengah rakan artisnya yang memberitahu bahawa terdapat borang casting yang meminta para pelakon menulis bilangan pengikut meraka di media sosial. Motif?

Sebagai pelakon yang sudah menapak di dalam dunia seni selama hampir 12 tahun, dia juga mempersoalkan tentang hal ini. Macam mana pula kalau seorang pelakon itu mempunyai bakat tapi cuma mempunyai bilangan followers yang sedikit? Terus tak jadi ambil belakon ke?

Walaupun terasa sedikit kecewa, namun Beto tetap positif dan dia menganggap itu adalah rezeki masing-masing.

Beto juga menasihati jika ada para pelakon yang ditawarkan berlakon kerana mempunyai ramai followers di media sosial, mudah-mudahan mereka tak ambil mudah tentang tawaran yang diberikan.

“Apabila orang-orang sebegini mampunyai followers yang ramai tapi mungkin mereka kurang dari segi penghayatan ditawarkan berlakon, jangan anggap benda ‘okay, orang dah ambil aku berlakon so aku buat suka hati je lah’,” kata Beto lagi.

Tambah Beto lagi, sebagai pelakon, kita harulah memberikan yang terbaik dalam segala watak yang diberikan. Dah bayar mahal-mahal, takkan nak berlakon cincai-cincai je kan.

Sekarang ni pun dah banyak kelas lakonan, jadi mungkin para pelakon yang baru nak naik dalam industri hiburan ni, mulakan dulu dengan join¬†kelas lakonan yang ada. Daripada situ kita boleh gilap lagi bakat yang kita ada kan. Sampai bila nak biar orang label kita sebagai ‘pelakon kayu’.

“Kalau kau rasa kau betul layak untuk berggelar pelakon, buktikan pada orang luar yang kau bukan pelakon kayu. Ambil kelas lakonan, workshop dah sebagainya,” kata pelakon utama filem Istanbul, Aku Datang ini.

Apa yang dinasihatkan oleh Beto ni ada yang betulnya juga. Dia juga tidak menujukan kepada sesiapa jadi isu ni bebas untuk semua pelakon. Tak kira pelakon baru atau yang dah lama. Beto kini sedang sibuk mempromosikan filem lakonan terbarunya, Bisik Pada Langit yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 September ini.

Jangan setakat muka je boleh jual, tapi bakat… Non hado! – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top