Bukan Berita Online Biasa

Anzalna 'Boring' Jadi Baik, Mahu Berlakon Watak Jahat

Bimbang ‘Ditendang’ Suami, Anzalna Gigih Cari Duit

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN sudah mendirikan rumah tangga, pelakon Anzalna Nasir dilihat terus aktif berlakon di kaca televisyen.

Menurut Anzalna, dia terus berlakon kerana enggan bergantung harap sepenuhnya kepada suami, Mohd Hanif Zaki.

“Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia.

“Bagaimana jika suami kita meninggal dunia? Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita. Supaya bila ditendang suami, kita ada tempat berteduh,” katanya memetik Projek MMO.

Bimbang 'Ditendang' Suami, Anzalna Gigih Cari Duit

Bimbang 'Ditendang' Suami, Anzalna Gigih Cari Duit

Anzalna bernikah dengan Hanif pada Februari tahun lalu selepas 10 tahun menyulam cinta.

Sehubungan itu, Anzalna turut menasihatkan semua wanita di luar sana yang bergelar isteri agar tidak bergantung harap sepenuhnya pada suami bagi mengumpul aset sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top