Bukan Berita Online Biasa

Bintang Fault In Our Stars Di Malaysia, Promote Filem

Bintang Fault In Our Stars Di M’sia, Promote Filem Baru

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON yang popular menerusi filem The Fault In Our Stars, Ansel Elgort kini berada di Malaysia demi meluangkan masa bertemu peminat sempena promosi filem terbaharu lakonannya, Baby Driver.

Majlis karpet merah filem tersebut akan diadakan di GSC Pavilion, esok.

Sebelum menyertai aktiviti glamor karpet merah yang dijadualkan esok, Ansel sempat melawat lokasi tarikan pelancong di Batu Caves, pagi tadi.

Berkongsikan gambarnya sedang duduk di tangga Batu Caves bersama seekor monyet, Ansel menulis kapsyen, “Making Malaysian friends”, sambil memegang bendera Malaysia.

Kehadiran bintang Divergent itu juga turut ditemani teman wanitanya, seorang penari ballet, Violetta Komyshan.

Baby Driver yang sudah memulakan tayangannya di Amerika Syarikat pada 28 Jun lalu merupakan karya pengarah Edgar Wright.

Selain Ansel, filem ini turut dibintangi Lily James, Kevin Spacey, Jamie Foxx dan Jon Hamm. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top