Bukan Berita Online Biasa

Bookie: Ah Chong Dibebaskan Dengan Jaminan

Bookie: Ah Chong Bebas Dengan Jaminan SPRM

in Jenayah/Sukan/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai Ah Chong dibebaskan selepas selepas tempoh reman tujuh hari berakhir hari ini.

Media tempatan melaporkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan Ah Chong dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000 serta tiga penjamin.

Sebelum ini, Ah Chong ditahan reman bermula 15 April lalu bagi membantu siasatan mengatur perlawanan Liga Perdana 2017 membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Dia ditahan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ah Chong yang berusia 43 tahun itu pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan, tiba di Mahkamah Majistret pada 9.30 pagi diiringi dua pegawai SPRM dengan berkemeja-T berwarna putih dan seluar jeans.

Turut hadir peguamnya, Ridha Abdah Subri.

Baca: Kes Bookie Liga Perdana: Ah Chong Serah Diri

Pada 11 April lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan media bagi mengesan Khairul Anuar untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Tiga hari kemudian, mantan pemain pertahanan berasal dari Terengganu itu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan sebelum ditahan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top