Bukan Berita Online Biasa

Britain Kecoh Ratu Elizabeth II Ada 2 Tarikh Lahir

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

LONDON – Jika di Malaysia, rakyatnya bakal meraikan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 24 April ini dan kemudian sekali lagi pula Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda pada 3 Jun depan.

Penetapan Sabtu minggu pertama bulan Jun yang berbeza daripada hari keputeraan sebenar ketua negara itu bukan baharu kerana ia diseragam untuk memudahkan dari segi penyelarasan sambutan di seluruh negara sejak dahulu.

Manakala Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda ke-15 julung kali pada 24 April dipilih sendiri Sultan Muhammad V setelah mendapat nasihat para ulama dan mufti selain sesuai dengan tarikh peristiwa Islam iaitu Israk wal Mikraj.

Namun lain pula kisahnya di Britain apabila netizen negara Eropah tersebut dilaporkan kecoh mempersoalkan kenapa tarikh rasmi hari lahir pemerintah mereka iaitu Ratu Elizabeth II selama ini disambut dua kali setahun!

Mungkin nampak lucu tetapi rupa-rupanya selama 65 tahun baginda menaiki tahkta, tiada seorang pun rakyat Britain berani mempertikaikan dua tarikh berbeza itu waima diraikan meriah di seluruh negara tanpa banyak soal.

Bagaimanapun seiring dengan dasar keterbukaan pihak Istana Buckingham sendiri, sempena ulang tahun ke-91 baginda bersemayam, media Britain mendedahkan kenapa ada dua hari lahir berlainan iaitu 21 April dan 17 Jun.

Tarikh lahir sebenar Ratu Elizabeth II ialah 21 April tetapi tidak disambut meriah atau besar-besaran sehingga 17 Jun apabila acara rasmi baginda, Trooping the Colour atau perarakan panji diraja berwarna-warni berlangsung.

Baca: Kek Hari Lahir Ratu Elizabeth II Dibuat Wanita Muslim

Juga: Lelaki Baju Melayu Ketua Perbarisan Ratu Elizabeth II

Untuk rekod, Ratu Elizabeth II lahir pada 1926 dan menaiki takhta pada 6 Februari 1952. Uniknya, tarikh 17 Jun yang ditetapkan dalam kalendar itupun boleh berubah-ubah atas alasan ia bergantung kepada keadaan cuaca!

Ini kerana baginda atau nama ketika lahirnya Elizabeth Alexandra Mary; sebenarnya ditabalkan bersemayam di Windsor pada 2 Jun 1953 (bukan 17 Jun) menggantikan ayahanda baginda yang mangkat iaitu Raja George VI.

Tradisi penetapan dua tarikh berbeza sebetulnya adalah amalan warisan kerabat diraja baginda sendiri hasil ilham nendanya, Raja George II pada 1748 untuk mengadakan perarakan dan sambutan awam sempena hari lahir itu.

Suatu ketika, pemerintah seterusnya, Raja Edward VII menetapkan sambutan pada Jun meskipun baginda lahir pada November kerana cuacanya lebih panas selesa pada bulan itu berbanding hujung tahun yang mula turun salji.

Setakat ini Ratu Elizabeth II yang dianggap pemerintah paling lama menaiki takhta Britain, tidak pernah pun gagal menghadiri majlis pertabalan kecuali pada 1955 ekoran mogok para pekerja kereta api kerana isu pertikaian gaji.

Insiden terburuk dalam sejarah itu yang bermula dari 29 Mei sehingga 14 Jun menyaksikan sistem pengangkutan rel awam di seluruh negara lumpuh sekali gus perintah darurat terpaksa diisytiharkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top