Bukan Berita Online Biasa

Bubur Lambuk Go Global Kini di Lubnan

Bubur Lambuk Go Global Kini di Lubnan

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

LEBIH tiga dekad Lubnan cuba pulih dari krisis perang saudara. Sejak perang meletus pada 1982, Lubnan berjaya mencapai perjanjian domestik pada 1990, dan kini cuba bangkit untuk mencapai keamanan dan pembangunan.

Selain perang Islam dan Kristian selama sedekad, Lubnan sentiasa terdedah pada krisis serantau. Sejak 1968, setelah Israel menyerang Tebing Barat, Lubnan dilimpahi lebih sejuta pelarian Palestin.

Bubur Lambuk Go Global Kini di Lubnan

Sejak 2012 pula, apabila perang saudara meletus di Syria, lebih sejuta pelarian melarikan diri ke Lubnan. Krisis kemanusiaan kini kritikal di negara itu.

Sejak 25 Mei lalu, Tim Produksi TV AlHijrah berkunjung ke Lubnan bagi mengadakan liputan Ramadan.

Dalam misi tersebut, bubur lambuk turut diedarkan sebagai sebahagian kempen Bubur Lambuk Go Global.

Lebih 100 pek bubur lambuk diedarkan di sekitar Hamra, Raouche dan Gemmayzeh Street.

Bubur Lambuk Go Global Kini di Lubnan

Manakala 50 bekas lagi diedarkan kepada jemaah Masjid Al Hamra. Pelbagai lapisan penduduk menerima edaran termasuk pekerja am, penyapu sampah, gelandangan dan pelarian Syria.

Bubur Lambuk Go Global Kini di Lubnan

Bubur Lambuk Go Global Kini di Lubnan

Dua penerbit TV AlHijrah, Fitri Musa dan Ariswanto Mukhlas bersama juru kamera Zamir Zulkafli dan Azri Salleh berada selama 16 hari di Lubnan bagi menyiapkan dokumentari khas mengenai Krisis Pelarian Palestin dan Syria. – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top