Bukan Berita Online Biasa

Bubur Lambuk Go Global Kukuh Tema Kemanusiaan

Bubur Lambuk Go Global Kukuh Tema Kemanusiaan

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

MULAI 27 Mei lalu, 1.8 bilion umat Islam berpuasa di enam benua. Rantau Scandinavia termasuk Sweden, Finland dan Norway berpuasa sekitar 21 jam.

Manakala rantau Amerika Latin merasai tempoh puasa paling pendek. Umat Islam di Chile dan Argentina hanya berpuasa sembilan jam.

Bubur Lambuk Go Global Kukuh Tema Kemanusiaan

Selain fakta durasi berpuasa, apa yang lebih menjadi perhatian dunia ialah nasib 200 juta umat Islam berpuasa dalam keadaan kebuluran. Umat Islam di Sudan, Mali, Niger, Somalia, Djibouti, Habsyah dan Eritrea meneruskan Ramadan tahun dalam krisis menjangkau sedekad kekurangan makanan.

TV AlHijrah melancarkan Kempen Bubur Lambuk Go Global sebagai usaha mengukuhkan tema kemanusiaan sesama ummah, sejajar dengan taglines Rapatkan Saf Ramadan tahun ini.

Dari Mogadishu di Afrika, menuju ke Beirut di Asia Barat, kempen Bubur Lambuk Go Global melangkah merentasi Eropah sampai ke Istanbul, Cologne dan London.

“Selain Afrika, Rantau Arab dan kota besar Eropah, kami juga ke negara jiran terdekat Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Bubur Lambuk Go Global Kukuh Tema Kemanusiaan
Tim penggambaran TV AlHijrah dihantar ke empat benua dengan projek khas merakamkan dokumentari bagi siaran Aifil Fitri serta misi mengedarkan bubur lambuk.

“Kami juga bekerjasama dengan rakan media di Kerala, India dan di Johannesberg, Afrika Selatan serta Dubai, Emeriyah Arab Bersatu untuk menjayakan program ini,” jelas Izelan.

Bubur Lambuk Go Global Kukuh Tema Kemanusiaan

Tim penerbitan TV AlHijrah sudah enam hari berada di Lubnan, manakala tim ke Somalia berlepas malam ini.

Selain misi Go Global, kempen Bubur Lambuk TV AlHijrah turut menyediakan 10 trak makanan di seluruh negara. Tim promosi akan berada di 55 destinasi sehingga 10 Jun ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top