Bukan Berita Online Biasa

Buruh Didakwa Bunuh Anak Tiri Berusia 5 Tahun

in Jenayah/Utama & Sensasi

SETIU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun.

Rosmanan Abd Rahman, 38, bapa tiri kepada Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan tersebut di 218, Felda Tenang, Pasir Akar, Besut pada 3.30 pagi, 28 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Tuan Ruzaini Tuan Lah menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula di Mahkamah Besut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian awal pagi 28 Jun, Muhammad Hiril Amsyar Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika dibawa tertuduh untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut dengan alasan terjatuh daripada motosikal, namun, hasil pemeriksaan awal mendapati punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top