Bukan Berita Online Biasa

Daesh

Daesh Kini Faktor Penyatu AS & Bashar

in Utama & Sensasi

LIMA tahun selepas CIA membantu Revolusi Cedar dan Arab Spring yang membentuk kekacauan dan perang berdarah di Syria – semalam kedua-dua pihak bersatu.

Tentera Syria dengan dibantu maklumat dan teknologi strategik AS memulakan kepungan dan serangan di bandar Raqqa dalam misi memusnahkan kubu akhir Daesh.

Misi dijangka selama empat bulan dan dianggarkan 2,000 militan Daesh bersiap sedia menghadapi pertempuran bagi mempertahankan kubu terakhir kerajaan dengan ideologi Negara Khalifah di bumi Syria.

Selain tentera Syria, musuh ketat Presiden Bashar Assad ikut menyertai misi tajaan AS ini. Militan Kurdis YPR dan pemberontak anti Bashar tajaan AS, Pasukan Demokratik Syria (SDF) turut mengepung Raqqa dalam misi ini.

Pada November 2011, berikutan Revolusi Arab Spring yang brrmula di Utara Afrika, Syria turut dilanda revolusi jalanan. Namun, ia gagal menjatuhkan Bashar. Malah, menjelang lima tahun perang saudara, 500 ribu rakyat Syria dilaporkan terkorban.

Lima juta penduduk Syria kini menjadi pelarian di Turki, Jordan, Lebanon dan sekitar Eropah. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top