Bukan Berita Online Biasa

Dah Biasa Berlawak, Achey ‘Diarah’ Keluar Zon Selesa

in Artis/Utama & Sensasi

SINONIM dengan watak lawak bersahaja dan suara nyaring yang dimilikinya, Achey makin dikenali dalam industri hiburan. Baru-baru ini dengarnya Achey perlu tampil serius di set. Mengapa ya?

Watak Ali sebagai jurukamera di dalam filem Abang Long Fadil 2 ini yang menuntut Achey supaya serius dalam lakonannya. Jauh sekali berbeza dengan watak yang sering dibawakannya.

Syafiq Yusof yang juga pengarah filem Abang Long Fadil 2 menghalangnya berada di dalam zon selesa dan meminta supaya mencari pembaharuan dalam lakonan apabila dia cuba menyuntik unsur komedi di dalam babak pertama filem tersebut.

“Saya agak takut, malah tertanya-tanya mampukah saya menjual bakat apabila membawa watak serius. Sebagai pengarah, Syafiq yakin saya mampu menyerlah dan tidak hanya terikat dengan watak komedi.

“Sudut pandangannya itu membawa saya ke tahap berbeza, sekali gus menjadikan lakonan saya lebih fleksibel kerana berani keluar dari ruang selesa,” katanya.

Achey turut mengakui dia sedikit tertekan pada awal pengambaran dan gusar dengan penerimaan peminat tentang watak serius yang perlu dibawanya dalam filem yang bakal ditayangkan 24 Ogos ini.

“Saya sudah terbiasa berlawak, tetapi apabila tidak boleh melakukannya, saya agak tertekan. Alhamdulillah, ramai yang memberikan komen positif terhadap percubaan terbaharu saya itu,” katanya memetik laporan BH Online.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini turut dibintangi Zizan Razak sebagai teraju utama, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Wak Doyok dan A Galak.

Menurut pemegang title Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 itu, dia menemui kepuasan tersendiri apabila beraksi di layar perak menerusi filem pertamanya, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa yang disiarkan tiga tahun lalu.

“Jika mahu mengekalkan bakat dan nama, produksi TV menjadi pilihan kerana sasaran penontonnya lebih besar. Tetapi, untuk mengembangkan profil dan mencari kelainan, filem membantu menyerlahkan bakat saya sebagai artis serba boleh,” tambahnya lagi.

Achey yang bakal menyertai pertandingan Superspontan Superstar bulan hadapan berkata jadual kerjayanya semakin sibuk sejak awal tahun lalu sejak membabitkan diri dalam segmen Prof Achey di saluran radio Era FM.

Orang kata kalau kita keluar dari comfort zone kita ni, barulah kita boleh cabar diri kita sendiri. ¬†Moga terus sukses Achey! –¬†MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top