Bukan Berita Online Biasa

“Dah la Salah Masuk Jalan, Dihamun Pulak Kita”

in Gaya Hidup/Jenayah/Utama & Sensasi

PERSELISIHAN faham semasa memandu di jalan raya adalah perkara yang sering kita dengari.

Jika ditangani dengan baik, ia sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan apa-apa pergaduhan.

Namun apakah akan terjadi sekiranya pihak yang salah pula memaki hamun dan tidak mahu pula mengakui kesalahannya?

Menerusi rakaman yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pemandu lelaki dilihat memarahi seorang pemandu lain yang dituduh sengaja mahu langgar keretanya.

Walhal, menurut mangsa pemandu terbabit itulah yang salah kerana memasuki jalan yang melawan arus.

You yang tak puas hati, you yang masuk jalan salah, kalau berlanggar pun you tetap salah.

“Sekarang you tiba-tiba tak puas hati apa pasal,” kata mangsa dalam kejadian yang difahamkan berlaku di utara tanah air itu.

Malah, mangsa turut diugut akan dipukul oleh individu terbabit sambil menggunakan kata-kata kesat.

Namun apa yang mengagumkan netizen adalah kelakuan mangsa yang tetap tenang tidak melenting biarpun berterusan dimaki hamun.

Rata-ratanya memuji lelaki terbabit yang tetap sabar biarpun dimaki bertubi-tubi.

“Dah salah, bodo pulak tu, driver tu macam tak tahu undang-undang jalan raya ke? Memang orang Penang kata limau purut tiga serangkai buta perut tak ada akai,” kata Zulhelmi Nasaruddin.

Nasib brader ni banyak sabar, kalau kena kat orang yang baran aku rasa apek ni dah lauk,” tulis Zulwaqar Akram. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top