Bukan Berita Online Biasa

Dibelasah Selepas Didakwa Penculik Kanak-Kanak

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG lelaki telah dibelasah dengan kejam selepas disangka penculik kanak-kanak perempuan di sebuah kampung di China.

Ketika kejadian lelaki yang berusia 22 tahun itu membawa kanak-kanak terbabit memancing ikan di sungai dan kemudian menonton pertandingan bola sepak.

Akibat dibelasah, tangan dan kakinya berdarah selepas dipukul dengan besi . Penduduk juga memaksanya memegang papan tanda tertulis `penyeludup kanak-kanak’.

Polis bagaimanapun memberitahu, tidak ada bukti bahawa lelaki itu mahu menculik kanak-kanak terbabit. Lelaki tersebut juga memaklumkan dia merupakan pekerja pembinaan di kawasan berhampiran dan menyewa flat di situ.

Dia bertemu dengan kanak-kanak terbabit di rumah orang-orang tua dan mengajak kanak-kanak itu menonton bola.

Video dia dipukul telah disebarkan menerusi Pear Video. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Zhang. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top