Bukan Berita Online Biasa

Doktor Sambut Kelahiran Bayi Guna Lampu Telefon Bimbit

Doktor Sambut Kelahiran Bayi Guna Lampu Telefon Bimbit

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi
Spread the love

TINDAKAN pantas sekumpulan doktor di China berjaya membantu seorang wanita melahirkan bayi di dalam sebuah kereta di luar hospital dengan hanya berbekalkan cahaya lampu telefon bimbit.

Difahamkan wanita yang itu tidak sempat masuk ke dewan bersalin dalam kejadian yang berlaku pada 8 Januari lalu di bandar Zhongshan, wilayah Guangdong lapor Daily Mail memetik Huanqiu dan People’s Daily Online.

Tambah laman berita itu lagi, ketika wanita yang sarat mengandung tersebut tiba di perkarangan sebuah hospital di bandar tersebut, bayi dalam kandungannya tidak dapat ditahan lagi.

Malah beberapa kakitangan hospital yang bergegas ke kereta tersebut mendapati kepala dan sebahagian badan bayi itu telah pun terkeluar.

Doktor Sambut Kelahiran Bayi Guna Lampu Telefon Bimbit

Menurut ketua doktor, He Fenjun kepada wartawan media tempatan, dia dikhabarkan oleh seseorang tentang wanita mengandung itu dan bergegas ke kenderaan terbabit.

“Kepala dan dada bayi itu telah terdedah,” jelasnya.

Fenjun kemudiannya segera mencari pakar kanak-kanak iaitu doktor Pan Cong bagi membantu dan mengambil alih proses menyambut kelahiran bayi tersebut.

Hanya menggunakan lampu telefon bimbit, Pan Cong berhasil memotong tali pusat sebelum membalut bayi itu dengan selimut.

Bayi itu selamat dilahirkan pada pukul 2.25 pagi dan dipindahkan ke jabatan pediatrik untuk rawatan lanjut manakala ibunya pula dibawa ke wad bersalin untuk pemeriksaan.

Kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, laman itu tidak menyatakan jantina bayi tersebut.

Video kelahiran itu tersebar tular menerusi laman Weibo dan rata-rata warganya bercerita akan hal tersebut.

Seorang pengguna menulis “Bayi itu begitu tidak sabar yang ia mahu keluar lebih awal.”

Manakala seorang lagi berkata “Saya harap masa depan bayi itu akan cerah.”

“Telefon bimbit begitu penting,” tulis netizen yang lain pula. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Spread the love

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top