Bukan Berita Online Biasa

Dr. Sulaiman Bakal Ganti Isa Dalam FGV?

Dr. Sulaiman Bakal Ganti Isa Dalam FGV

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohd Isa Samad akan digantikan oleh Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), lapor Berita Harian.

Akhbar itu melaporkan, pengumuman lanjut berhubung pelantikan Dr. Sulaiman dijangka akan dibuat hari ini.

Pelantikan itu dibuat berikutan krisis dalaman syarikat perladangan berkenaan yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan satu mesyuarat di Putrajaya bagi membincangkan perkara tersebut.

Difahamkan, Mohd Isa  juga akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri.

Kemelut yang melanda FGV mencapai tahap kemuncak apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim diarahkan bercuti pada 6 Jun lalu.

Arahan itu dibuat oleh Mohd Isa dan Lembaga Pengarahnya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top