Bukan Berita Online Biasa

Dua Muallaf Hebat Warnai Marhaban Ya Ramadan

Dua Muallaf Hebat Warnai Marhaban Ya Ramadan

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

NAMA Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Syafiq Raffiqin Liow pasti mencanak naik pada Ramadan ini.

Ini bukan ramalan Nujum Pak Belalang. Tetapi realiti setelah melihat sendiri bakat dan keletah dua pendakwah muallaf ini dalam episod pilot pada Sesi Skreening Ramadan TV AlHijrah.

Prof. Dr. Taufiq memeluk Islam pada 1983 di Kota Kinabalu ketika berusia 15 tahun. Manakala Syafiq melafazkan syahadah pada 2006 ketika berusia 30 tahun.

Dua Muallaf Hebat Warnai Marhaban Ya Ramadan

Kini dua muallaf yang terkenal dengan sikap humor ini digandingkan di TV AlHijrah dalam program Kembali Fitrah.

Program lapan episod berdurasi 30 minit ini akan mula bersiaran pada setiap Isnin 7.30 malam mulai 29 Mei ini sempena Ramadan.

Kembali Fitrah menyatukan kedua-dua pendakwah ini buat pertama kali di segmen televisyen; menjadikan program kombinasi dua muallaf sebagai yang pertama seumpamanya.

Isi program simple. Ia dakwah antarabudaya. Usaha memperkenalkan Islam kepada bukan Islam. Temanya Islam itu Syumul dan bersifat Addin. KeEsaan Allah itu kekal dan Islam menyeru kepada kebaikan.

Dua Muallaf Hebat Warnai Marhaban Ya Ramadan
Syafiq Raffiqin Liow.
Dua Muallaf Hebat Warnai Marhaban Ya Ramadan
Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Masuk Islam bukan masuk Melayu. Itu asas program ini. Islam bererti kembali kepada fitrah dan bukan isu tukar jati diri bangsa.

Program ini ditaja Lembaga Zakat Selangor dan disenaraikan sebagai antara warna utama TV AlHijrah dalam pengisian tema Rapatkan Saf sempena Ramadan Al Mubarak.

“Kami melihat kedua-dua kombinasi hos ini sebagai unik. Ia lambang keterbukaan Islam terhadap budaya. Bangsa bukan penghalang dalam penyatuan ummah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Menurutnya, Ramadan juga bulan mempromosi Islam kerana perhatian masyarakat bukan Islam juga meningkat terhadap Islam apabila Ramadan.

Dua Muallaf Hebat Warnai Marhaban Ya Ramadan
Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Syafiq Raffiqin Liow.

“Ketika bukan Islam dahagakan pengetahuan mengenai Islam, peranan Prof. Dr Taufiq dan Syafiq juga besar dalam menangangi Islamophobia dan xenophobia. Kami jadikan Ramadan sebagai bulan katalis ilmu,” kata Izelan lagi.

Kedua-dua hos ini akan berinteraksi mengenai pengalaman hidup, saat menerima hidayah dan kisah setelah menjadi muslim.

Selain siaran primier tiap Isnin 7.30 malam, peminat dapat bertemu dengan kedua-dua hos ini melalui siaran ulangan pada Selasa 5.30 pagi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top