Bukan Berita Online Biasa

Dugaan Ramadan Aliff Syukri Sekali Lagi Disonglap Bibik

Dugaan Ramadan Aliff Syukri Sekali Lagi Disonglap Bibik

in Artis/Utama & Sensasi

KECOH di media sosial mengenai isu pembantu rumah jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang ditangkap mencuri beberapa hari lalu.

Dalam video yang disiarkan Rabu lalu, Aliff Syukri tidak mengambil tindakan dengan menyerahkan pembantu rumahnya yang ditangkap mencuri itu kepada pihak polis susulan mereka merayu minta dilepaskan.

Baca: Aliff Syukri Mengamuk Pembantu Rumah Mencuri

Namun, belum reda dengan isu pembantu rumah mencuri, satu lagi dugaan buat jutawan kosmetik yang terkenal dengan kepetahan berbicaranya itu apabila seorang lagi pembantu rumahnya ditangkap mencuri dan kali ini melibatkan beberapa orang pembantu rumah yang lain.

Aliff mendedahkan kegiatan dan aktiviti keji yang dilakukan oleh pembantu rumahnya menerusi beberapa sesi Facebook Live (FB Live) menerusi laman Facebook miliknya.

“Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak di hantar polis. Saya termakan rayu atas dasar balas kesian sesama manusia.

“Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki, suami beliau sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang dan jam dan cincin saya bernilai RM100k saya tidak percaya sudah pada bibik yang gaya bak malaikat dan saya tekad melaporkan pada polis walapun saya tidak sampai hati dan menyeru polis menangkap dan membanteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya.

“Handphone saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon manager saya di profile jika ada sebarang urusan yang serius,” tulis Aliff di salah sebuah entri FB Live yang dimuat naik olehnya.

Aliff dalam video tersebut mendedahkan pembantu rumah wanita yang dianggap sebagai ‘malaikat’ itu didakwa mencuri bersama pembantu rumah yang lain untuk dikirimkan kepada keluarganya di Indonesia.

Menurutnya, pembantu rumah itu baru sebulan bekerja namun sudah dua kali menghantar wang di kampung sehingga mencecah ribuan ringgit.

Rentetan kes kecurian tersebut, Aliff membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh dan menyerahkan pembantu rumahnya kepada polis untuk membuat siasatan.

Menerusi entrinya, Aliif mendakwa mereka sekeluarga trauma dengan kejadian tersebut dan terpaksa tinggal di hotel.

“Saya takut tidur di rumah sendiri. Saya sekeluarga terpaksa tidur di hotel.. maid bawa jantan tido rumah ketika saya tiada dan mencuri .. malah tukang kebun Malaysia saya tahu tetapi tidak maklumkan kepada saya kejadian ini..malah bersekongkol membelikan hp dan topup mereka selama ini,” tulisnya.

Enggan terus membiarkan pembantu rumah yang dikenali Indah, Fitri dan suami serta Bibik Tua ‘bebas’ hingga memperdayakan majikan lain, Aliff menawarkan ganjaran RM5,000 kepada individu yang berjaya memberkas empat pembantu rumah tersebut untuk dikenakan tindakan sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top