Bukan Berita Online Biasa

Dugong Di Kampung Sim-Sim Laut Tarik Perhatian

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SANDAKAN – Kehadiran seekor dugong di kawasan laut Kampung Laut Sim-Sim dekat sini pagi tadi menarik perhatian penduduk di kampung itu.

Dugong itu kelihatan berenang di bawah laluan Jambatan 8 perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8.30 pagi.

Jabatan Hidupan Liar Sandakan telah menghantar anggota Unit Menyelamat Hidupan Liar di kawasan itu untuk melakukan pemantauan.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin berkata pemantauan dilakukan kerana dugong tersenarai dalam Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 sebagai haiwan yang dilindungi.

Katanya penduduk di kampung itu juga diminta memberi kerjasama dalam membantu usaha konservasi dengan tidak mengganggu sekiranya ada dugong berenang di kawasan perairan kampung.

Menurutnya pihak jabatan juga telah membuat perbincangan awal dengan pihak Fakulti Marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai kehadiran dugong di kawasan itu.

Beliau berkata pihak UMS akan menghantar penyelidik untuk mengumpul data tentang kehadiran spesies dugong di kawasan itu. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top